(A) MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
- ERICA BRITNEY JASTIN (D20211100032)
Matlamat Pendidikan
Matlamat Intrinsik (Warganegara peroleh melalui pendidikan)
Kriteria | Keterangan |
Berilmu pengetahuan | · Gemar membaca · Memanfaatkan ilmu untuk diri sendriri dan orang lain. · Berfikikiran luas dan terbuka
|
Berketerampilan | · Mempunyai kebolehan dalam melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu tugas dan bertanggungjawab dengan cemerlang.
|
Berakhlak mulia | · Mengetahui nilai baik dan buruk · Menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk · Menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan
|
Pegangan agama
| · Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama. · Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perbuatannya.
|
Bertanggungjawab | · Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah · Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.
|
Sejahtera diri | · Fikiran yang waras, jiwa tenang dan badan yang sihat. · Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
|
Matlamat Ekstrinsik (Sumbangan setiap warganegara)
i. Warganegara Malaysia memberi sumbangan terhadap keharmonian & kemakmuran keluarga.
- Pendidikan yang berkesan dapat melahirkan individu baik yang mampu membina keluarga yang gembira, bahagia, harmoni dan makmur
ii. Warganegara Malaysia memberi sumbangan terhadap keharmonian & kemakmuran masyarakat.
- Pendidikan dapat membina perpaduan antara kaum dan memunculkan perasaan kasih sayang antara anggota masyarakat, saling bertoleransi, dan memupuk amalan hormat-menghormati.
iii. Warganegara Malaysia memberi sumbangan terhadap keharmonian & kemakmuran masyarakat.
- Pendidikan dapat mengekalkan kestabilan negara, meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara, menghayati prinsip Rukun Negara, mempertahankan perlembgaan, dan memajukan ekonomi bangsa dan negara dengan menggunakan sains dan teknologi.
Perubahan Kurikulum Dalam Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Kurikulum Sebelum Merdeka
Sebelum kedatangan British iaitu sebelum merdeka, pendidikan agama di sekolah pondok-pondok adalah lebih ditumpuhkan dan sistem pendidikan formal tidak ditekankan di Tanah Melayu. Golongan-golongan agama seperti ulama dan ustaz menjadi tenaga pengajar pada waktu itu. Namun, selepas kedatangan orang Inggeris, kaum pendatang dari China dan India telah dibawa masuk di Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai pekerja ladang dan lain-lain. Oleh yang demikian, wujud sekolah vernakular yang masing-masing mempunyai pembelajaran yang berorientasikan negara asal yang berasaskan budaya dan bahasa masing-masing seperti sekolah Cina, sekolah India, dan sekolah Melayu. Selain itu, terdapat juga sekolah Inggeris yang didirikan oleh orang Inggeris.
Sistem pendidikan di sekolah Melayu bermula dari darjah 1 hingga darjah 6. Kurikulum sekolah Melayu menekankan pelajaran Membaca, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu kira-kira, Ilmu alam, Latihan Jasmani dan Kemahiran Hidup (perkebunan, penternakan dan pertukangan). Seterusnya, kurikulum sekolah Cina pula adalah berasakan kurikulum dari negara China. Kurikulum yang dijalankan ialah Hafalan Klasik Lama, Ilmu Hisab, Lukisan, Nyanyian, Latihan Jasmani, Sejarah, Ilmu Alam dan Moral.Kerajaan Manchu mula memberi bantuan kewangan kepada pendidikan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyebarkan ideologi kepada pelajar-pelajar. Bahan-bahan dan buku-buku pembelajaran juga berasal daripada negara China. Selain itu, pendidikan di skolah Tamil juga adalah berasaskan kurikulum daripada negara asalnya juga iaitu negara India. Tenaga pengajar dan buku teks adalah daripada Sri Lanka. Manakala kurikulum sekolah Inggeris pula menyediakan pelajaran untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. Menawarkan mata pelajaran Sains, Ilmu Alam, Pendidikan Jasmani, Bahasa Inggeris, Sejarah Eropah dan Matematik.
Oleh itu, sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum merdeka adalah hanya sekadar membolehkan setiap anggota masyarakat menjalankan fungsinya yang sudah tersedia dalam masyarakat. Misalnya, anak-anak Melayu yang hanya dididik supaya menjadi petani yang lebih baik dari ibu bapa mereka dan masih kekal di kedudukan mereka dalam masyarakat iaitu sebagai petani sahaja. Sistem pendidikan ini menyebabkan masyarakat tidak berfikir luar daripada kepompong mereka. Hal ini memberi kelebihan kepada penjajah Inggeris untuk terus meneruskan penjajahan mereka di Tanah Melayu.
Kurikulum Selepas Kemerdekaan
Selepas kemerdekaan pula, Malaysia melangkah untuk menjadi sebuah negara yang merdeka mempunyai satu aspirasi yang penting iaitu menyatu-padukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan untuk membina masyarakat yang berilmu pengetahuan. Kurikulum adalah berdasarkan KBSR dan KBSM.
Akta pelajaran 1961, menegaskan bahawa matlamat utama dasar pelajaran ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dijalankan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat sebgai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris. Kedudukan Inggeris sebagai bahasa kedua dipelihara dan diwajibkan di semua sekolah bagi meningkatkan pembangunan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwartakan menggantikan Falsafah Pendidikan Negara. Bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu diperkukuhkan kedudukannya sebagai bahasa pengantar utama dan mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan kebangsaan Kurikulum kebangsaan untuk semua jenis dan kategori sekolah. Selain itu, peperiksaan juga seragam kepada semua murid dari semua jenis dan kategori sekolah. Pendidikan Islam diperluaskan kepada murid-murid Islam di semua kategori sekolah dan menjadikan pelajaran tersebut sebagai pelajaran teras. Pendidikan prasekolah diperluaskan dengan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh KPM. Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik.
Pendidikan guru diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru di peringkat sijil, diploma dan ijazah secara berkembar. Pendidikan swasta dikembangkan secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan perjalanan institusi-institusi tersebut. Selain itu, pendidikan khas diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut. Bahasa suku kaum diperuntukkan pengajarannya sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Anak-anak di Malaysia mendapat hak yang sama rata. Kualiti pendidikan juga adalah bertaraf dunia. Antara langkah yang telah diambil untuk menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia ialah dengan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Kerajaan juga memastikan kecekapan sistem pendidikan ke arah keberhasilan pengajaran guru dan pada masa kini. Kecekapan penyampaian, kawalan dan pengurusan menentukan keberhasilan pendidikan. Penyediaan pengajaran guru yang cekap menerusi latihan guru yang profesional dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti untuk negara.
(B) ANALISIS PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENCAPAI HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
- HAMIRA BINTI ABU BAKAR (D20211100033)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Perkembangan pendidikan di Malaysia telah dan sedang melalui lima fasa yang utama iaitu:
- Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)
- Zaman Pasca Merdeka (1957 – 1970)
- Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990)
- Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991 – 2000) dan
- Zaman Dasar Wawasan Negara (2001 – 2020)
Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970)
- Memantapkan sistem pendidikan sebagai agen perpaduan
- Memperbaiki taraf pendidikan
- Penyediaan kemudahan pendidikan
- Memperluaskan peluang pendidikan khususnya di luar bandar
Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975
- Sistem pendidikan sebagai pemupuk perpaduan kebangsaan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, merapatkan jurang peluang pendidikan antara kawasan dan kaum, serta menggabungkan sistem pelajaran di Semenanjung dan Malaysia Timur.
- Menyediakan peluang pendidikan dan latihan ke arah penglahiran tenaga rakyat bagi keperluan negara.
- Orientasi pendidikan ke arah masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980)
- Pemupukan perpaduan dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Utama.
- Usaha menanamakan nilai kebangsaan melalui sistem pendidikan.
- Penekanan diberikan terhadap bidang sains dan teknologi.
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
- Peranan pendidikan lebih kepada penerusan RMK4. Pendidikan adalah bertujuan pemupukan perpaduan dengan mengutamakan penglahiran individu yang berpengetahuan, terlatih dan mahir sebagai memenuhi keperluan tenaga manusia selaras dengan permintaan yang semakin bertambah di dalam negara.
Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1996)
- Mutu Pendidikan dan latihan ditingkatkan bagi membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara. Pada masa yang sama usaha dilakukan untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dengan mempunyai moral dan nilai etika yang kukuh.
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000)
- Kerajaan meletakkan sasaran untuk memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan dan latihan. Usaha digembeleng untuk memperbaiki kualiti dan menambah kuantiti keluaran bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terutama dalam bidang sains dan teknologi. Penekanan yang berterusan bagi meningkatkan peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil.
Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005)
- Berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan nilai dan sikap positif.
- Pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk latihan guru.
- Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang memperoleh pengetahuan, penekanan diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan tertiari
- Usaha dipergiat untuk membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program dan projek dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi dan memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh.
- Mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi.
- Menyediakan infrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.
- Mempastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.
Matlamat PIPP ialah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. KPM telah mengenal pasti dua pendekatan untuk mencapai hasrat ini iaitu:
- Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum atau pun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain.
- Memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu mempertahankannya ke tahap yang lebih tinggi.
Teras Strategik PIPP
Enam teras strategik yang telah dikenal pasti oleh KPM untuk memperkukuh sistem pendidikan negara iaitu:
1. Membina negara bangsa.
2. Membangunkan modal insan.
3. Memperkasakan sekolah kebangsaan.
4. Merapatkan jurang pendidikan.
5. Memartabatkan profesion keguruan.
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Huraian Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
- Pendidikan ialah satu usaha berterusan
- Memperkembangkan lagi potensi individu
- Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
- Insan yang seimbang dan harmonis
- Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
- Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
- Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
- Rakyat Malaysia yang bertangungjawab
- Rakyat Malaysia yang berketerampilan
- Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
(C) KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN KE ARAH MENTERJEMAH HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
-AINUL SYIFA BINTI MOHD SHARIFUDDIN (D20211100034)
Kurikulum ialah terjemahan falsafah pendidikan. Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat yang menjadikan kurikulum yang dilaksanakan berupa kurikulum kebangsaan dan pengurusan serta pentadbirannya yang dikawal sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah diketuai oleh Menteri Pendidikan Malaysia
Peranan Kurikulum Kebangsaan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)
v Penyebaran ilmu pengetahuan
v Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni
v Pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu
v Melahirkan tenaga kerja berilmu, mahir dan kreatif
v Perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, rohani, emosi dan jasmani)
Faktor Kurikulum Kebangsaan | Keterangan |
1) Keadilan | Malaysia dihuni oleh rakyat yang majmuk. Kurikulum kebangsaan dapat memberikan keadilan kepada semua walaupun terdapat banyak negeri dan kaum dalam Malaysia. |
2) Keseragaman | Keseragaman dari segi kurikulum yang meliputi kandungan (mata pelajaran), pentaksiran, buku teks, bahan & kaedah pengajaran dan kuantiti & kualiti guru. Pendidikan berkualiti untuk semua. |
3) Perancangan | Pembangunan dan perkembangan pendidikan memerlukan perancangan yang sistematik bagi memastikan keberkesanannya. Perancangan berlaku pada peringkat penyemakan, penggubalan, reka bentuk, penyebaran, pelaksanaan dan penilaian. |
4) Pengurusan | Pengurusan secara atas ke bawah (Top Down) adalah paling mudah, cepat, berkesan dan mempunyai kos yang rendah. |
5) Pemantauan | Kurikulum kebangsaan membolehkan pemantauan dari peringkat perancangan, pelaksanaan dan penilaian dilakukan secara menyeluruh yang dilakukan oleh Jemaah Naziran, Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum. |
6) Peruntukan | Sektor pendidikan memerlukan pembiayaan yang tinggi untuk urusan perancangan, pelaksanaan dan penilaian kurikulum termasuklah untuk pembangunan prasarana, kemudahan alatan pembelajaran, sumber tenaga dan aspek sokongan yang lain. |
Menterjemah Hasrat FPK Menerusi Kurikulum
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Input | Operasi Kurikulum | Outcome |
π Kanak-kanak berumur 4-6 tahun. π Matlamat KSPK : - Menyuburkan potensi pelajar (aspek perkembangan). - Menguasai kemahiran asas - Memupuk sikap positif sebagai persediaan (sekolah) | π KSPK : reka bentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. πStandard kandungan pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun. π Standard kandungan dan pembelajaran berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam 6 Tunjang Pembelajaran iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta perkembangan keterampilan diri, teknologi. π Kaedah PdP iaitu aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu π Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk nilai positif sebagai persediaan ke sekolah rendah. | π Warganegara patriotik π Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul π Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua π Amalkan nilai-nilai murni π Mempunyai kemahiran kognitif π Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran π Mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan π Untuk persediaan sosialisasi pendidikan rendah |
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Input | Operasi Kurikulum Standard | Outcome |
π Kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun π Bermula tahun 2011, KSSR diperkenalkan dan mengisi proses transformasi oleh KPM bagi memastikan sistem pelajaran Malaysia standing piawaian antarabangsa. | π KSSR : reka bentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. π Membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan terancang agar murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. π Berpusatkan murid π Kaedah didik hibur π Tiada peperiksaan pada tahap 1 (Tahun 1-3). π Menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 6. | π Penguasaan kemahiran asas 4m π Mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. π Generasi cemerlang dari segi intelek, akal budinya dan kukuh jati diri. |
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Input | Operasi Kurikulum Standard | Outcome |
π Murid-murid telah menamatkan pendidikan rendah (tahun 6) π Murid melanjutkan pelajaran peringkat menengah rendah (tingkatan 1-3) pada usia 13-15 tahun. π Menengah atas (tingkatan 4-5) pada usia 16-17 tahun. | π KSSM : Konsep pendidikan berasaskan standard. π 2 tahap : Menengah rendah (Tingkatan 1-3 & Menengah atas (Tingkatan 4-5). π Menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) πMempertingkatkan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah ke arah pembangunan insan secara seimbang dan harmoni. | π Lanjutan sekolah rendah π Digubal berdasarkan FPK π Mengembangkan potensi individu dari segi intelek, rohani, emosi & jasmani π Melahirkan insan yang berilmu, mahir, berakhlak dan berbudi serta sanggup berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. |
(D) PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA
-NURUL ASFALAILA EIZATY BINTI MOHD RIZAL (D20211100035)
Peranan | Keterangan |
Pembentukan masyarakat Malaysia yang berkepimpinan | πAktiviti kurikulum tidak formal dapat membentuk masyarakat Malaysia yang berkepimpinan. Ini kerana murid-murid yang melibatkan diri dengan kursus kepimpinan dapat menimba ilmu dalam memimpin pasukan dalam apa jua situasi. Pemimpin juga perlulah bertanggungjawab dalam semua perkara. Justeru, sejak mereka di bangku sekolah lagi sifat kepimpinan ini dapat diasah |
Pembentukan masyarakat Malaysia bersatu padu | πPerkara ini perlulah diutamakan kerana masyarakat kita terdiri daripada bangsa berbilang kaum. Apabila KPM meletakkan syarat wajib setiap pelajar perlu menganggotai mana-mana kelab, persatuan, permainan dan unit beruniform, sudah semestinya setiap kaum akan menyertainya dan bekerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, semua pelajar dapat mempelajari bagaimana untuk menghormati budaya kaum lain di samping menjadi masyarakat yang bertolak ansur. |
Melahirkan masyarakat yang berilmu | πAktiviti kurikulum tidak formal seperti menyertai bengkel belajar dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka. Hal ini dapat memastikan masyarakat tempatan dilengkapi dengan ilmu serta dapat menyumbangkan idea mereka kepada pembangunan negara. |
Menerapkan aspek-aspek ajaran agama yang baik dalam pendidikan di sekolah | πSekolah merupakan institusi pendidikan yang memerlukan suasana keagamaan. Ini berpunca daripada realiti bahawa pengajaran di dalam kelas sahaja belum mampu menerapkan nilai-nilai murni agama secara menyeluruh. Program pembangunan insan dan dakwah perlu memainkan peranan dalam usaha membina akhlak yang baik antara ramai pelajar. |
No comments:
Post a Comment